2 Jenis Sayur Bagus untuk Masalah Pernafasan dan Amalan Penawarnya

cover sayur athma

Ada di antara kita semua yang sering mengalami masalah pernafasan seperti lelah,semput, batuk dan mudah letih dan lain sebagainya

Macam-macam faktor yang menyumbang kepada masalah ni, antaranya masalah kesihatan yang tidak mengizinkan seperti jangkitan virus atau bakteria pada saluran pernafasan, masalah udara yang tercemar yang di luar menyebabkan ramai mengalami masalah pernafasan.

2 Jenis sayur yang bagus untuk meredakan masalah pernafasan ialah sayur brokoli dan kobis.

  • Kandungan sulforaphane dalam brokoli mampu untuk mencegah terjadinya jangkitan pada saluran pernafasan.
  • Sayur Kubis juga baik untuk meredakan masalah pernafasan kerana kandunggannya lebih kurang sama seperti brokoli malah kaya dengan beta karoten yang dapat menjaga sel paru-paru daripada rosak

Para pembaca juga boleh mengamalkkan amalan ini bagi tujuan ikhtiar rawatan masalah pernafasan

✍ Rendamkan 3 atau 7 helai zaffaron ke dalam air putih/air suam selama 20 minit. Bacakan amalan berikut dan tiupkan pada air rendaman zaffaron:

Surah Al-Fatihah 3x

قُلْ هُوَ لِلَّذِينَ آمَنُوا هُدًى وَشِفَاء 9x

Dengan ini Sidi izwan mengijazahkan amalan ini kepada para pembaca semua,Semoga bermanfaat dan selamat beramal!!!

Zikir Menarik Rezeki

KAYA HATI ATAU KAYA HARTA?? YANG MANA SATU PILIHAN KITA??

Pernahkah kita terfikir, bahawa apakah kaya hakiki yang sebenarnya ?adakah definisi kaya itu semata-mata kaya pada sifat materialistik yakni mempunyai banyak wang atau harta?

Setiap orang pasti mahukan kekayaan dan hidup yang mewah, tapi kekayaan yang bagaimanakah yang benar-benar hakiki dan diredhoi oleh Allah?Jawapannya ialah Kaya Hati iaitu kaya dari dalam diri sehingga terpancarnya energi kekayaan pada luaran tubuh dan dapat mengakses pelbagai potensi rezeki dan sumber pendapatan yang sudah pun disediakan oleh ALLAH.

Jika kita lihat pada zaman sekarang, banyak orang yang kaya harta, namun kehidupannya tidak sebahagia mereka yang kaya hati.Orang yang kaya hati inilah sebenarnya insan yang memiliki 2 kekayaan sekaligus iaitu kaya hati dan kaya harta.

Sesuai dengan pelbagai hadis yang telah menyebutkan berkenaan hal kaya hati ini, di antaranya:

Dari Abu Hurairah, Nabi Muhammad SAW bersabda :

لَيْسَ الْغِنَى عَنْ كَثْرَةِ الْعَرَضِ ، وَلَكِنَّ الْغِنَى غِنَى النَّفْسِ

“Kaya bukanlah diukur dengan banyaknya kemewahan dunia. Namun kaya (ghina) adalah hati yang selalu merasa cukup.” [HR. Bukhari dan Muslim]

Dari sini seorang insan harus berfikir bahawa banyaknya harta dan kemewahan dunia bukanlah jalan untuk meraih kebahagiaan senyatanya. Orang kaya selalu merasa kurang puas. Jika diberi selembar gunung berupa emas, ia pun masih mencari lembah yang kedua, ketiga dan seterusnya. Oleh karena itu, kekayaan senyatanya adalah hati yang selalu merasa cukup dengan apa yang Allah beri. Itulah yang namanya qona’ah. Itulah yang disebut dengan ghoni (kaya) yang sebenarnya.

Beberapa sikap kaya hati yang dapat kita amalkan ialah:

1.Fokus kepada Ibadah dengan perbanyakkan Doa dan Zikir
2.Memiliki sikap dan fikiran yang positif dan selalu mempunyai perasaan berasa berkecukupan(bersyukur).
3.Tempuhi perjalanan hidup dengan penuh kesabaran.
4.Mendoakan kebaikkan untuk insan/orang lain
5.Sering berkongsi ilmu yang bermanfaat kepada orang lain.
6.Selalu membantu orang lain yang sedang susah.
7.Melakukan sesuatu perkara dengan penuh keikhlasan.
8.Terus-menerus melakukan segala hal yang positif sehingga sebati dengan diri yang dapat menimbulkan kebahagiaan di dalam diri agar sentiasa KAYA HATI.

Di sini, kami kongsikan dan ijazahkan amalan kerezekian, agar kita sentiasa kaya hati dan kaya harta,semoga ,memperolehi rahmat dan keredhaan dari ALLAH. Amalannya adalah seperti berikut:

Zikirkan ayat berikut sebanyak 100x pada waktu pagi dan petang:
1.
لاَ حَـوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيْمِ
2. Ya Kafi, Ya Ghani, Ya Fattah, Ya Razak
3.Lakukan sedekah setiap hari dengan ikhlas hati, tidak kira berapa pun jumlahnya ke dalam tabung masjid atau surau.

www.pancarannur.com

☏ Facebook : PUSAT RAWATAN PANCARAN NUR

Selamat Mencuba!

Semoga Berjaya!