Tarikh Bekam Bulan Julai 2019

bekam bulan julai

PUSAT RAWATAN PANCARAN NUR

TARIKH BEKAM SUNNAH UNTUK BULAN JULAI 2019

20.7.2019 SABTU

22.7.2019 ISNIN

24.7.2019 RABU

JIKA BERMINAT BOLEH MEMBUAT TEMPAHAN SLOT BEKAM,TERIMA KASIH.

WHATSAPP 0175719558 (SIDI IZWAN)

PERHATIAN: KAMI MENGGUNAKAN DISPOSAL CUP (CAWAN BEKAM PAKAI BUANG), SESUAI DENGAN S.O.P YANG BERTEPATAN DENGAN SYARAT K.K.M

Amalan Penolak Bala

cover penolak bala

Dalam kehidupan seharian, semua orang pasti mahukan kehidupan yang bahagia serta aman damai.Begitu banyak ujian dan rintangan yang harus dilalui walaupun pahit untuk ditelan.

Walau bagaimana pun, sebagai umat islam, kita haruslah menjalani kehidupan dengan penuh adab dan tatasusila mengikut garis panduan syarak.Berikut akan disenaraikan beberapa amalan penolak bala dan seterusnya akan di ijazahkan amalan wirid khusus penolak bala.

Di antara amalan khusus penolak bala:

  1. Melazimi berdoa Orang yang selalu berdoa akan dapat menolak segala bala bencana yang berlaku.

  2. Bertaqwa “Barangsiapa bertaqwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezki dari arah yang tiada disangka-sangkanya… Dan barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, niscaya Allah menjadikan baginya kemudahan dalam urusannya.” (QS Ath Tholaq 2-4)

  3. Ridho Orang Tua “Keridhaan Tuhan ada pada keridhaan orang tua dan kemurkaan Tuhan ada pada kemurkaan orang tua” (HR Tirmidzi)

  4. Bersedekah Keutamaan sedekah sudah banyak yang menyebutkan. Bahkan, secara terang sebuah hadis mengisyaratkan, “Sedekah itu benar-benar menolak bala.” (HR Thabrani dari Abdullah ib nu Mas’ud).

  5. Istighfar “Kami tidak akan turunkan azab bencana selama mereka masih beristighfar.” (QS al-Anfal, 8: 33)

Berikut di ijazahkan amalan khusus penolak bala:

I. Bacakan Surah Al Fatihah 3x II. Zikirkan ayat berikut (Surah Al-Munafiqun ayat 6) 11x:

إِنَّ اللَّهَ لا يَهْدِي الْقَوْمَ الْفَاسِقِينَ

Sebaiknya amalan ini dibacakan setiap hari selepas solat subuh dan isya’, maka insyaALLAH akan terhindar dari bala.

Dengan ini Sidi izwan mengijazahkan amalan ini kepada para pembaca semua,Semoga bermanfaat dan selamat beramal!!!

Jalan Pembuka Pintu Kerezekian

cover pembuka rezeki

Ramai orang di luar sana sering mengalami masalah rezeki yang kurang,selalu tidak cukup dengan rezeki yang diperolehi dan segalanya berkaitan masalah rezeki

Lupakah kita bahawa Allah S.W.T adalah maha pemberi rezeki?sehinggakan kita lupa hendak berdoa,berzikir memohon kepada ALLAH untuk membuka pintu rezeki kita agar mendapat rezeki yang banyak,berkah,tidak terduga dan sentiasa berkecukupan

Jom pembaca sekalian kita amalkan amalan pembuka pintu kerezekian ini agar rezeki kita sentiasa mengalir dan dipermudahkan, tidak kira sama ada anda seorang yang bekerja,usahawan, ahli perniagaan dan lainnya,insyaALLAH.

✍ Bacakan amalan berikut pada setiap pagi:
✔   اَسْتَغْفِرَاللهَ 100x 
✔   100x سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ سُبْحَانَ اللهِ الْعَظِيْمِ 

Amalan ini hendaklah dilakukan secara istiqamah berterusan maka akan menampakkan hasilnya yang luar biasa.Dengan ini Sidi izwan mengijazahkan amalan ini kepada para pembaca semua,Semoga bermanfaat dan selamat beramal!!!

Ramai Orang Di Sana Yang Mengalami Masalah Sukar Tidur Malam. Kenapa?

cover masalah tidur

Terlalu banyak faktor yang menyebabkan seseorang itu mengalami masalah sukar tidur malam,sehingga menyebabkan tahap kualiti kesihatan mereka merosot

Bila dah kurang tidur maka semua masalah tahap kesihatan akan timbul,peredaran darah terganggu, dan akan mengalami masalah perjalanan energy tubuh yang tersumbat serta semua kerja yang dibuat serba tak kena

Jom cuba amalkan amalan ni ketika hendak tidur, mudah-mudahan dapat membantu mereka yang mengalami masalah sukar tidur malam.

Caranya:

✔ Minum Segelas Susu Panas atau Air suam dicampurkan dengan 1 sudu madu lebah

✔ Amalkan bacaan zikir ini:
1. بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ              300x 
2. لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ، مُحَمَّدٌ رَسُولُ اللهِ               300x    

Kemudian terus padamkan lampu bilik dan tidur, insyaALLAH akan dipermudahkan urusannya,diberikan ketenangan batin dan mudah untuk tidur malam(DEEP SLEEP).Selamat mencuba dan beramal!!!

Penyakit Ain Dan Cara Pencegahannya

cover penyakit ain

Pernahkah anda mendengar penyakit ain?apa itu penyakit ain?

✉Sihir Ain atau dikenali sebagai penyakit ‘Ain atau Al ‘Ain.Penyakit ini adalah berpunca dari pandangan jahat atau tatapan dari orang yang dengki dan jahat terhadap diri seseorang.

✉Pandangan jahat ini akan memberi kesan kepada orang yang terkena ain tersebut dan menyebabkan mereka jatuh sakit.

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: اسْتَعِيذُوا بِاللَّهِ فَإِنَّ الْعَيْنَ حَقٌّ Dari Aisyah radhiallahu anha,Rosululloh shallalloahu alaihi wa sallam bersabda: Berlindunglah kalian kepada Alloh dari ain (mata jahat) karena sesungguhnya pengaruh ain itu haq( nyata). (HR ibnu Majah no: 3499)

Berdasarkan pernyataan di atas, jelas bahawa memang wujudnya pengaruh penyakit ain itu.

✉Penyakit ain ini juga dikatakn lebih merbahaya dari terkena sihir, kerana ia tidak dapat diketahui dari siapa pandangan jahat itu datang.

✉Kebiasaannya pandangan jahat itu akan muncul sebagai contoh apabila seseorang itu dengki dengan kejayaan seseorang.Dengki itu datang apabila mereka lihat kejayaan seseorang di dalam kehidupan mereka.

✉Mereka akan berasa tidak puas hati dengan kejayaan seseorang dan memandang mereka dengan penuh rasa dendam kesumat, iri hati dan kedengkian.Maka, pandangan mereka itulah umpama pandangan “anak panah” yang akan menyebabkan orang yang dipandangnya itu jatuh sakit.

✎Penyakit ain pula terdiri dari 2 jenis iaitu ‘ain insani (berpunca dari manusia) dan ‘ain jinni(ain berpunca dari jin).

✎Di antara ciri-ciri orang yang terkena ‘ain ialah sering berasa sakit kepala,sering rasa ingin muntah dan banyak angin dalam tubuh, tidak boleh tidur malam,tiada nafsu makan,jantung berdebar,emosi tidak stabil dan berasa seperi sesuatu tidak kena pada diri.

✍Bagaimana kaedah mencegah dan merawatnya???

✍Terdapat beberapa kaedah untuk mencegah dan merawatnya, antaranya melalui kaedah mandian dan minum air doa yang telah di doakan. Di sini, akan diijazahkan amalan khusus mencegah penyakit ‘Ain dan mengubatinya.Amalannya ialah:

I. Bacakan Surah Al-Fatihah   3x
II. Bacakan Ayatul Kursi            3x
III. Zikirkan ayat berikut  100x:

حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ

IV. Bacakan ayat berikut sebanyak 9x:
وَاللَّهُ يَعْصِمُكَ مِنَ النَّاسِ 
.

Amalan di atas boleh diamalkan sehari sekali sebagai ikhtiar pencegahan dari terkena pandangan ‘ain orang lain pada diri kita.Jika ada yang sudah terkena penyakit ini, maka bacakan amalan itu pada air, dan hendaklah diberikan minum dan dibuat mandian kepada pesakit tersebut.

Dengan ini, Sidi Izwan mengijazahkan amalan mencegah dan merawat penyakit ‘ain ini kepada para pembaca semua.Semoga kita semua dapat mengamalkan amalan ini secara istiqamah.SELAMAT BERAMAL!!!SALAM ZUHUR!!!

Selamat beramal amalan di atas dan semoga beroleh manfaatnya!!!

Amalan Khusus Penawar Pelbagai Penyakit

cover penawar penyakit

Kebiasaannya, ramai orang di luar sana yang sering mengalami pelbagai jenis masalah kesihatan,sama ada bersifat fizikal mahupun rohani.kadang-kadang bila dah sakit tu rasa serba-serbi tak kena.Ada berpunca daripada masalah stress, ada juga dari keadaan kesihatan yang memang tak mengizinkan.

Jangan lah kita mudah mengeluh sebelum berikhtiar, dalam Al-Quran pun dah disebutkan : وَنُنَزِّلُ مِنَ الْقُرْآنِ مَا هُوَ شِفَاء وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ “Dan kami turunkan Al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman”.

Jelas di sini, Al-Quran adalah merupakan satu penawar dan rahmat bagi orang yang beriman.

Pembaca sekalian, di sini akan diperturunkan amalan khusus untuk ikhtiar penawar pelbagai penyakit tidak kira penyakit fizikal mahupun spiritual.

✍ Lakukan kaedah ini:

Sediakan 1 gelas air lobak merah/carrot(diblend) tanpa dicampurkan dengan susu atau gula.

Bacakan amalan ini:

وَإِذَا قَرَأْتَ القُرْآنَ جَعَلْنَا بَـيْنَكَ وَبَـيْنَ الَّذِيْنَ لَا يُؤْمِنُوْنَ بِالآخِرَةِ حِـجَابًا مَسْتُوْرًا 9x

Tiupkan pada air tersebut dan buat minum 2x sehari, insyALLAH mudah-mudahan berkurang masalah kesihatannya.

Lakukan kaedah dan amalan ini dengan penuh penghayatan,yakin dan ikhlas.Dengan ini Sidi izwan mengijazahkan amalan ini kepada para pembaca semua,Semoga bermanfaat dan selamat beramal!!!

Doa Pelunas Hutang Dan Murah Rezeki

cover pelunas hutang

Kebiasaannya di luar sana ramai yang mempunyai hutang dan kredit yang banyak sehingga kan tidak dapat menampung hutang tersebut

Ada yang berhutang untuk membeli rumah,berhutang untuk membeli kereta, berhutang untuk membangunkan perniagaan dan paling teruk berhutang dengan Ah Long!

Bila dah berhutang banyak maka segala masalah akan timbul,sering stress, semua perkara hendak dipersalahkan dan lain-lain lagi

Para pembaca yang budiman, marilah kita sama-sama mengamalkan doa pelunas hutang yang telah di ajarkan oleh baginda Rasulullah Katakanlah:

اللَّهُمَّ اكْفِنِى بِحَلاَلِكَ عَنْ حَرَامِكَ وَأَغْنِنِى بِفَضْلِكَ عَمَّنْ سِوَاكَ

“Allahumak-finii bi halaalika ‘an haroomik, wa agh-niniy bi fadhlika ‘amman siwaak”

Ya Allah, cukupkanlah aku dengan yang halal, tanpa perlu kepada yang haram. Kayakanlah aku dengan kurniaan-Mu, tanpa aku mengharapkan kepada selain-Mu. [Sunan Tirmizi, Hadis Hasan Gharib]

Sebaiknya doa ini dibacakan selepas waktu solat jumaat sebanyak 70x, maka insyaALLAH hutang setinggi gunung pun akan terlunas, dan akan dipermudahkan urusan rezekinya!!!

Dengan ini Sidi izwan mengijazahkan amalan ini kepada para pembaca semua. Semoga bermanfaat dan selamat beramal!!!

2 Jenis Sayur Bagus untuk Masalah Pernafasan dan Amalan Penawarnya

cover sayur athma

Ada di antara kita semua yang sering mengalami masalah pernafasan seperti lelah,semput, batuk dan mudah letih dan lain sebagainya

Macam-macam faktor yang menyumbang kepada masalah ni, antaranya masalah kesihatan yang tidak mengizinkan seperti jangkitan virus atau bakteria pada saluran pernafasan, masalah udara yang tercemar yang di luar menyebabkan ramai mengalami masalah pernafasan.

2 Jenis sayur yang bagus untuk meredakan masalah pernafasan ialah sayur brokoli dan kobis.

  • Kandungan sulforaphane dalam brokoli mampu untuk mencegah terjadinya jangkitan pada saluran pernafasan.
  • Sayur Kubis juga baik untuk meredakan masalah pernafasan kerana kandunggannya lebih kurang sama seperti brokoli malah kaya dengan beta karoten yang dapat menjaga sel paru-paru daripada rosak

Para pembaca juga boleh mengamalkkan amalan ini bagi tujuan ikhtiar rawatan masalah pernafasan

✍ Rendamkan 3 atau 7 helai zaffaron ke dalam air putih/air suam selama 20 minit. Bacakan amalan berikut dan tiupkan pada air rendaman zaffaron:

Surah Al-Fatihah 3x

قُلْ هُوَ لِلَّذِينَ آمَنُوا هُدًى وَشِفَاء 9x

Dengan ini Sidi izwan mengijazahkan amalan ini kepada para pembaca semua,Semoga bermanfaat dan selamat beramal!!!

Zikir Menarik Rezeki

KAYA HATI ATAU KAYA HARTA?? YANG MANA SATU PILIHAN KITA??

Pernahkah kita terfikir, bahawa apakah kaya hakiki yang sebenarnya ?adakah definisi kaya itu semata-mata kaya pada sifat materialistik yakni mempunyai banyak wang atau harta?

Setiap orang pasti mahukan kekayaan dan hidup yang mewah, tapi kekayaan yang bagaimanakah yang benar-benar hakiki dan diredhoi oleh Allah?Jawapannya ialah Kaya Hati iaitu kaya dari dalam diri sehingga terpancarnya energi kekayaan pada luaran tubuh dan dapat mengakses pelbagai potensi rezeki dan sumber pendapatan yang sudah pun disediakan oleh ALLAH.

Jika kita lihat pada zaman sekarang, banyak orang yang kaya harta, namun kehidupannya tidak sebahagia mereka yang kaya hati.Orang yang kaya hati inilah sebenarnya insan yang memiliki 2 kekayaan sekaligus iaitu kaya hati dan kaya harta.

Sesuai dengan pelbagai hadis yang telah menyebutkan berkenaan hal kaya hati ini, di antaranya:

Dari Abu Hurairah, Nabi Muhammad SAW bersabda :

لَيْسَ الْغِنَى عَنْ كَثْرَةِ الْعَرَضِ ، وَلَكِنَّ الْغِنَى غِنَى النَّفْسِ

“Kaya bukanlah diukur dengan banyaknya kemewahan dunia. Namun kaya (ghina) adalah hati yang selalu merasa cukup.” [HR. Bukhari dan Muslim]

Dari sini seorang insan harus berfikir bahawa banyaknya harta dan kemewahan dunia bukanlah jalan untuk meraih kebahagiaan senyatanya. Orang kaya selalu merasa kurang puas. Jika diberi selembar gunung berupa emas, ia pun masih mencari lembah yang kedua, ketiga dan seterusnya. Oleh karena itu, kekayaan senyatanya adalah hati yang selalu merasa cukup dengan apa yang Allah beri. Itulah yang namanya qona’ah. Itulah yang disebut dengan ghoni (kaya) yang sebenarnya.

Beberapa sikap kaya hati yang dapat kita amalkan ialah:

1.Fokus kepada Ibadah dengan perbanyakkan Doa dan Zikir
2.Memiliki sikap dan fikiran yang positif dan selalu mempunyai perasaan berasa berkecukupan(bersyukur).
3.Tempuhi perjalanan hidup dengan penuh kesabaran.
4.Mendoakan kebaikkan untuk insan/orang lain
5.Sering berkongsi ilmu yang bermanfaat kepada orang lain.
6.Selalu membantu orang lain yang sedang susah.
7.Melakukan sesuatu perkara dengan penuh keikhlasan.
8.Terus-menerus melakukan segala hal yang positif sehingga sebati dengan diri yang dapat menimbulkan kebahagiaan di dalam diri agar sentiasa KAYA HATI.

Di sini, kami kongsikan dan ijazahkan amalan kerezekian, agar kita sentiasa kaya hati dan kaya harta,semoga ,memperolehi rahmat dan keredhaan dari ALLAH. Amalannya adalah seperti berikut:

Zikirkan ayat berikut sebanyak 100x pada waktu pagi dan petang:
1.
لاَ حَـوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيْمِ
2. Ya Kafi, Ya Ghani, Ya Fattah, Ya Razak
3.Lakukan sedekah setiap hari dengan ikhlas hati, tidak kira berapa pun jumlahnya ke dalam tabung masjid atau surau.

www.pancarannur.com

☏ Facebook : PUSAT RAWATAN PANCARAN NUR

Selamat Mencuba!

Semoga Berjaya!