Doa Pelunas Hutang Dan Murah Rezeki
Kebiasaannya di luar sana ramai yang mempunyai hutang dan kredit yang banyak sehingga kan tidak dapat menampung hutang tersebut
Ada yang berhutang untuk membeli rumah,berhutang untuk membeli kereta, berhutang untuk membangunkan perniagaan dan paling teruk berhutang dengan Ah Long!
Bila dah berhutang banyak maka segala masalah akan timbul,sering stress, semua perkara hendak dipersalahkan dan lain-lain lagi
Para pembaca yang budiman, marilah kita sama-sama mengamalkan doa pelunas hutang yang telah di ajarkan oleh baginda Rasulullah Katakanlah:
اللَّهُمَّ اكْفِنِى بِحَلاَلِكَ عَنْ حَرَامِكَ وَأَغْنِنِى بِفَضْلِكَ عَمَّنْ سِوَاكَ
“Allahumak-finii bi halaalika ‘an haroomik, wa agh-niniy bi fadhlika ‘amman siwaak”
Ya Allah, cukupkanlah aku dengan yang halal, tanpa perlu kepada yang haram. Kayakanlah aku dengan kurniaan-Mu, tanpa aku mengharapkan kepada selain-Mu. [Sunan Tirmizi, Hadis Hasan Gharib]
Sebaiknya doa ini dibacakan selepas waktu solat jumaat sebanyak 70x, maka insyaALLAH hutang setinggi gunung pun akan terlunas, dan akan dipermudahkan urusan rezekinya!!!
Dengan ini Sidi izwan mengijazahkan amalan ini kepada para pembaca semua. Semoga bermanfaat dan selamat beramal!!!